Assalammualaikum wbkt :) Iman itu manis. Berusahalah mencapai ketahap kemanisan iman
Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Sunday, 8 January 2012

Review 4 : Lorong Kematian (book)

Lorong Kematian adalah sebuah karya penulisan Geidurrahman El-Mishry. Seorang penulisan Indonesia. Buku ini mempunyai ketebalan dan bersaiz yang sederhana. Mengandungi 281 halaman bercetak(tidak termasuk kulit) yang juga mengandungi segment glosari bagi pemantapan pemahaman terhadap perkataan-perkataan bahasa Indonesia yang jarang kita dengari dan fahami. Diterbit oleh Telaga Biru. Berharga Rm23.00 di Semenanjung Malaysia dan RM25.00 di Sabah & Sarawak.


"Mereka hanya inginkan perapian cinta yang meluruhkan jiwa dan memusnahkan gejolak nafsu. Kini Farisi telah bergabung dalam barisan untuk melingkar para sufi itu. Awalnya dia ikut berkeliling melingkar, tapi kemudian ia memberanikan diri untuk maju ke tengah lingkaran. Berdiri di tengah kerumunan para sufi itu. “Saudara-saudara! Nasib kita sama. Di syurga ini, kita terperangkap!“ Teriaknya memancing perhatian mereka. “Benar! Kita sedang terperangkap!“ Sahut seorang sufi. “Lalu, kita mau apa? Ini sudah suratan takdir!“ “Kita tak boleh menyerah! Mari kita tuntut hak kita! Tak ada kebahagiaan di syurga ini. Tak ada keceriaan, hanya kegelisahan!“ “Ya, betul! Kita harus meminta semesta yang lain, bukan seperti syurga ini!" 

SuhbanALLAH. Perasaan yang ana alami ketika membaca buku ini tidak dapat dikatakan dengan perkataan. Sangat indah. Sangat unik. Jalan cerita yang mengisahkan tentang akhirat kelak. Persoalan-persoalan kehidupan dipersoal kan. Dan yang paling ketara adalah soal keadaan di akhirat. Mungkin keadaan yang sebenar tidak seperti yang digambarkan oleh penulis. Namun, ia adalah satu gambaran yang mungkin boleh membuatkan kita terfikir tentang keadaan kita di akhirat nanti.

Akan timbul rasa insaf dalam diri. Rasa kita ini adalah hamba-NYA yang lemah. Mungkin kita rasa hebat di dunia. Tapi hakikatnya. Itu hanya di dunia. Di tempat di mana ianya sementara. Kuasa mu itu sementara dan kuasa ALLAH lah yang abadi selamanya. Apakah yang akan berlaku di akhirat nanti?

NOVEL yang penuh persoalan kehidupan di akhirat. Saya kagumi cara penulisan dan penulis novel ini. Antara novel yang terhebat yang saya pernah baca buat masa ini. Selalu bila dikatakan tentang novel. Cinta adalah idea utama atau pandangan pertama tentang novel. Dan apabila dikatakan dakwah. Maka buku-buku seperti buku islami ilmiah yang terpapar di minda.

Tapi pernah kah kita gabungkan 2 ini menjadi 1? Cuba masyarakat sastera kita memperbanyakkan lagi novel sebegini. Sambil bercerita sambil berdakwah. Pasti hebat pasarannya. Pasti luas ilmunya. Pasti ramai pembacanya. 

Shafiq Salahuddin

Sunday, 1 January 2012

Review 3 : Masjid Negara Malaysia (mosque)



SubhanALLAH . Ana kagum dengan kecantikan dan architectural sebuah rumah ALLAH iaitu Masjid Negara kita di Kuala Lumpur. Masjid Negara terletak di kawasan yang sangat unik kerana berdekatan dengan :

BAGUNAN JAWI yang terletaknya juga STUDIO TV AL-HIJARAH

ISLAMIC ART MUSEUM 

Last but not least. KL BIRD PARK

Menarik bukan? Masjid Negara kita dikelilingi oleh tempat-tempat yang sangat menarik. Tak hairan lah kalau ramai non-muslim yang datang mengunjungi masjid kita. Yes. Mereka ini yang datang ini terdiri dari mat salleh, chinese and indian pun ada. Ana lihat mereka masuk masjid. Ana kagum dengan masjid kita yang sediakan jubah purple dan tudung-tudung untuk non-muslim yang mahu masuk melihat masjid kita.

Namun ada tempat-tempat yang telah dilarang untuk mereka masuki seperti dewan solat utama. Langkah yang sangat bijak oleh pengurusan Masjid Negara. Dengan cara ini, kita boleh sebarkan dakwah. Dengan cara ini mereka akan tertarik dengan Islam. Islam itu indah. Tersangat indah.

Ana kagum dengan Masjid Negara. Tetapi, adakah rakyat Malaysia berbangga juga ? Jika ia. Kenapa hanya ada 1/2 saf ketika solat jemaah ditunaikan? Ana hairan. Kalau kita kagum. Kita bangga. Bukan ke kita patut berada di dalam masjid itu untuk menunjukkan rasa bangga kita dan yang paling penting rasa sayang kita pada ALLAH?

Pengalaman ana menghabiskan diri di Masjid Negara selama 2 hari 1 malam sangat membina diri dan menenangkan. Pelbagai ilmu ana perolehi melalui tazkirah-tazkirah dan Qiamullail. Masjid Negara juga ada membuat program-program seperti yang ana lihat orang-orang dewasa sertai; kursus perkahwinan. Ada juga gerai jual 'cenderamata' bagi pengunjung. Buku-buku tentang islam dan pengajaran islam. Songkok, jubah, tasbih dan juga samping. Ana ada membeli buku dari gerai itu. In sha ALLAH akan datang ana akan tulis review tentang buku itu.

Rajin-rajin kan lah diri untuk mengunjungi masjid dan surau untuk menunaikan atau mengerjakan ibadah bagi mendapat keredhaan-NYA. Ia tidak merugikan malam memberikan kita ganjaran yang lebih lumayan. In sha ALLAH.

Shafiq Salahuddin

Tuesday, 20 December 2011

Review 2 : The Message (movie)

Siapa tak suka mempelajari sirah perjuangan Rasulullah SAW? Saya pasti semua berminat dan suka membaca, mendengar mahupun mencerita tentang sirah-sirah para Nabi dan Rasul terutamanya Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Contoh yang terbaik adalah anak-anak kecil dalam lingkungan 5 hingga 9 tahun. Merekalah yang paling berminat. Cuba bercerita tentang sirah Nabi kepada mereka. Saya pasti mata mereka akan merenung wajah kita dengan penuh minat. Telinga focus mendengar setiap perkataan yang keluar yang dari mulut kita. Minda penuh dengan imaginasi cuba membayangkan peristawa yang kita sedang ceritakan itu.





Muhammad, Messeger Of God atau lebih dikenali sebagai THE MESSAGE adalah filem pertama dan filem terhebat yang mengisahkan tentang ISLAM. Filem yang bermain selama 178 minit ini telah tayangkan pada 9 Mac 1976. Namun, media anti-islam telah menyekat filem ini daripada di tayangankan di pawagam. Moustapha Akkad adalah pengarah filem dwi bahasa(english & arabic) ini.

Plot atau jalan cerita dimulakan dengan kisah Rasulullah SAW mendapat wahyu pertama dari ALLAH yang disampaikan oleh Malaikat Jibril. Kemudian berkembang sehingga ke perjuang-perjuang and peristiwa-peristiwa yang penting seperti boycott yang dilakukan di Makkah terhadap umat Islam. Penghijrahan Rasulullah dan umat Islam ke Madinah.

Antara perang yang telah dilakonkan kembali adalah perang Badar dan Uhud. Di sini kita dapat saksikan bagaimana tentera Islam berani berjuang dan syahid di dalam pertempuran demi agama dan Nabi ALLAH. Kisah kematian Sayyidina Hamza juga telah dilakonkan semula demi iktibar dan penjelasan lebih tentang peristiwa itu.

Dan babak kegemaran saya adalah ketika Bilal dan Summayah yang diseksa kerana memeluk Islam. Subhanallah. Kuatnya iman mereka. Sanggup gadai nyawa kerana ALLAH. Mereka telah membuktikan cinta mereka kepada ALLAH. Kita pula bagaimana? 


Filem yang WAJIB ditonton oleh muslim dan anda yang bergelar Islam. Perbagai pengajaran dan iktibar yang terkandung didalam filem ini. Bagi yang tidak beragama islam. Anda boleh memahami ISLAM dengan menonton filem ini.


Like dan tonton lah filem ini di page ini
http://www.facebook.com/pages/-The-Message-Full-Movie/309892149041890

Dan bagi anda yang mahu mendownload filem ini. 'Click' di link bawah ni.
http://blog.iloveallaah.com/2009/06/the-message-of-islam/


-Shafiq Salahuddin

Wednesday, 14 December 2011

Review 1 : Kaedah Jibril (book)

"Sesungguhnya ALLAH memiliki kerabat dalam kalangan manusia. Sahabat bertanya. 'Siapakah mereka, Rasulullah?' Rasulullah menjawab. 'Mereka adalah ahli al-Quran, mereka kerabat ALLAH dan orang pilihan-NYA.'"  (Direkodkan oleh Ibnu Majah)

ALLAH menurunkan Al-Quran sebagai kalam-Nya yang terakhir. Dan kita sebagai Umat Islam perlu dan wajib memelihara kesuciannya. Pelbagai ilmu yang boleh kita perolehi. Dan tahukah anda para saintis dan juga pengkaji-pengkaji barat menggunakan al-Quran sebagai rujukan? Ini kerana al-Quran itu sempurna.

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;" (Surah Al-Baqarah 2 : 2)

Menghafaz al-Quran mendatangkan banyak maanfaat. Mendatangkan syafaat juga. Menghafaz al-Quran adalah satu kenikmatan. Apa yang kita hafalkan itu dapat kita amalkan dalam kehidupan demi mengecapi kehidupan yang lebih mulia, yang lebih berharga dan yang lebih diredhai oleh Ilahi.




KAEDAH JIBRIL adalah sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Hj. Mohammad Asraff Bin Ayob Al-Hafiz. Terbitan PTS DARUL FURQAN SDN BHD. Berharga RM 12.00(semenanjung Malaysia) dan RM14.00(Sabah/Sarawak). Mempunyai lebih kurang 147 mukasurat. Berkulit biru dan menampilkan corak yang agak menarik. Dan diterbitkan pada 3 JUN 2011.

Buku ini mengajar tentang kaedah yang diamalkan oleh penulis dalam perjuangnya untuk menghafal al-Quran. Mungkin anda beranggapan bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh diamalkan untuk menghafal. Namun adakah anda berusaha untuk menggelarkan diri anda 'hafiz/hafizah' ?

Jawab yang biasa penulis dengari adalah "saya sibuk bekerja" dan "tiada masa". Namun, KAEDAH JIBRIL ini merupakan solusi kepada masalah itu. Keadah ini mengajarkan kita menghafal al-Quran dengan kaedah dan cara yang betul tanpa membebankan kehidupan harian.

Kaedah yang senang difahami. Huraian yang jelas berserta hadis, dalil dan ayat al-Quran sebagai penambah semangat dan bara api untuk mulakan perjuang untuk bergelar 'hafiz/hafizah'. Kaedah ini sesuai untuk semua golongan pembaca. Usia bukan penghalang untuk kita melakukan sesuatu.

Pelbagai konflik, permasalahan, dan persoalan oleh orang awam telah penulis jawab dan huraikan di dalam bukunya ini. Kaedah yang cukup lengkap dan mantap. Terdapat juga tips-tips tambahan yang dihidangkan oleh penulis bagi kita untuk memantapkan hafalan kita.

Bagi maklumat lanjut anda boleh layari
http://pts.com.my/index.php/buku/kaedah-jibril-teknik-mudah-dan-praktikal-menghafaz-al-quran/

-Shafiq Salahuddin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...