Assalammualaikum wbkt :) Iman itu manis. Berusahalah mencapai ketahap kemanisan iman

Friday 16 December 2011

Article 2 : Message Berantai

Sekali lagi. Message berantai yang sama berkunjung di group/page yang di share oleh Mulim/Muslimah yang beranggapan mereka menyebarkan warning/dakwah. Saya akui. Niat anda adalah betul dan saya hormati anda disebabkan niat yang mulia itu. Namun, sedarkah kalian bawaha di hujung message itu ada unsur-unsur dakwah yang tidak sahih? 


Contoh pangkalan message berantai : "siapa yg membaca ini tolong sebarkn dan kirim pada 20 orang.jgn dpermainkan.lillahi taal dan demi allah ini amanah mu dalam waktu 12 jam tidak dikirimkan maka kamu akan mendapat musibah berupa dibenci akan sial smpi 48 tahun"

Dan terlantas difikiran saya. Mengapa kalian menyebarkan message sebegitu? Masalah utama adalah kandungannya yang tidak sahih. Yang kedua adalah unsur-unsur kepercayaan yang karut yang berada pada pangkalan message sebegini.


Adakah kerana dakwah? Atau kerana takut dan percaya kepada pangkalan yang karut ini? Kita seharusnya sebarkan dakwah dengan apa yang sahih. Dengan ilmu yang betul. Jangan lah percayakan sesuatu dengan sekali baca tanpa ada kepastian.

"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna." (Surah Al-Furqaan 25 : 2)

Sudah jelas lagi bersuluh. Berdasarkan ayat al-Quran di atas. Sungguh, ALLAH lah yang menetapkan ketentuan dan takdir didalam dihup kita. Bukan message-message sebegitu. Dan mempercayai message-message dengan pangkalan kepercayaan karut ini boleh menghantar kita kepada dosa yang amat besar. MENSYIRIK. 

Kerana mempercayai nasib kita pada message itu. Kita seakan-akan mempercayai nasib kita yang diolah oleh seorang tukang tilik mahupun bomoh. Dan mempercayai bomoh dan tukang tilik adalah syirik. Dan suka saya berkongsi. Dosa melakukan syirik ini adalah dosa besar dan ALLAH tidak akan mengampunkan dosa itu sepertimana yang telah diturunkan ayat al-Quran ini keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa' 4 : 166)


Berhenti lah menyebarkan message-message berantai atau boleh dikatakan message syirik sebegini. Sayangilah akidah dan ISLAM mu. Dan jangan sesekali kita mensyirikkan ALLAH SWT. Jagalah iman mu. 

Hadis renungan :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” 
(Riwayat Muslim)


Saya bukan lah mufti yang dapat mengeluarkan hukum-hakam agama namun saya hanya pendakwah yang ingin membawa umat Islam kembali ke jalan yang benar dan diredhai ALLAH. Syirik itu berdosa. Syirik itu meminta bantuan daripada selain ALLAH. Dan mempercayai kepercayaan yang karut seperti nenek moyang yang terdahulu. Dan mempercayai nasib yang tertulis pada message-message berantai ini tergolong dalam mempercayai kata-kata bomoh dan ini adalah SYIRIK. Wallahu A'lam


-Shafiq Salahuddin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...