Assalammualaikum wbkt :) Iman itu manis. Berusahalah mencapai ketahap kemanisan iman

Wednesday 14 December 2011

Review 1 : Kaedah Jibril (book)

"Sesungguhnya ALLAH memiliki kerabat dalam kalangan manusia. Sahabat bertanya. 'Siapakah mereka, Rasulullah?' Rasulullah menjawab. 'Mereka adalah ahli al-Quran, mereka kerabat ALLAH dan orang pilihan-NYA.'"  (Direkodkan oleh Ibnu Majah)

ALLAH menurunkan Al-Quran sebagai kalam-Nya yang terakhir. Dan kita sebagai Umat Islam perlu dan wajib memelihara kesuciannya. Pelbagai ilmu yang boleh kita perolehi. Dan tahukah anda para saintis dan juga pengkaji-pengkaji barat menggunakan al-Quran sebagai rujukan? Ini kerana al-Quran itu sempurna.

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;" (Surah Al-Baqarah 2 : 2)

Menghafaz al-Quran mendatangkan banyak maanfaat. Mendatangkan syafaat juga. Menghafaz al-Quran adalah satu kenikmatan. Apa yang kita hafalkan itu dapat kita amalkan dalam kehidupan demi mengecapi kehidupan yang lebih mulia, yang lebih berharga dan yang lebih diredhai oleh Ilahi.




KAEDAH JIBRIL adalah sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Hj. Mohammad Asraff Bin Ayob Al-Hafiz. Terbitan PTS DARUL FURQAN SDN BHD. Berharga RM 12.00(semenanjung Malaysia) dan RM14.00(Sabah/Sarawak). Mempunyai lebih kurang 147 mukasurat. Berkulit biru dan menampilkan corak yang agak menarik. Dan diterbitkan pada 3 JUN 2011.

Buku ini mengajar tentang kaedah yang diamalkan oleh penulis dalam perjuangnya untuk menghafal al-Quran. Mungkin anda beranggapan bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh diamalkan untuk menghafal. Namun adakah anda berusaha untuk menggelarkan diri anda 'hafiz/hafizah' ?

Jawab yang biasa penulis dengari adalah "saya sibuk bekerja" dan "tiada masa". Namun, KAEDAH JIBRIL ini merupakan solusi kepada masalah itu. Keadah ini mengajarkan kita menghafal al-Quran dengan kaedah dan cara yang betul tanpa membebankan kehidupan harian.

Kaedah yang senang difahami. Huraian yang jelas berserta hadis, dalil dan ayat al-Quran sebagai penambah semangat dan bara api untuk mulakan perjuang untuk bergelar 'hafiz/hafizah'. Kaedah ini sesuai untuk semua golongan pembaca. Usia bukan penghalang untuk kita melakukan sesuatu.

Pelbagai konflik, permasalahan, dan persoalan oleh orang awam telah penulis jawab dan huraikan di dalam bukunya ini. Kaedah yang cukup lengkap dan mantap. Terdapat juga tips-tips tambahan yang dihidangkan oleh penulis bagi kita untuk memantapkan hafalan kita.

Bagi maklumat lanjut anda boleh layari
http://pts.com.my/index.php/buku/kaedah-jibril-teknik-mudah-dan-praktikal-menghafaz-al-quran/

-Shafiq Salahuddin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...