Lorong Kematian adalah sebuah karya penulisan Geidurrahman El-Mishry. Seorang penulisan Indonesia. Buku ini mempunyai ketebalan dan bersaiz yang sederhana. Mengandungi 281 halaman bercetak(tidak termasuk kulit) yang juga mengandungi segment glosari bagi pemantapan pemahaman terhadap perkataan-perkataan bahasa Indonesia yang jarang kita dengari dan fahami. Diterbit oleh Telaga Biru. Berharga Rm23.00 di Semenanjung Malaysia dan RM25.00 di Sabah & Sarawak.
"Mereka hanya inginkan perapian cinta yang meluruhkan jiwa dan memusnahkan gejolak nafsu. Kini Farisi telah bergabung dalam barisan untuk melingkar para sufi itu. Awalnya dia ikut berkeliling melingkar, tapi kemudian ia memberanikan diri untuk maju ke tengah lingkaran. Berdiri di tengah kerumunan para sufi itu. “Saudara-saudara! Nasib kita sama. Di syurga ini, kita terperangkap!“ Teriaknya memancing perhatian mereka. “Benar! Kita sedang terperangkap!“ Sahut seorang sufi. “Lalu, kita mau apa? Ini sudah suratan takdir!“ “Kita tak boleh menyerah! Mari kita tuntut hak kita! Tak ada kebahagiaan di syurga ini. Tak ada keceriaan, hanya kegelisahan!“ “Ya, betul! Kita harus meminta semesta yang lain, bukan seperti syurga ini!"
SuhbanALLAH. Perasaan yang ana alami ketika membaca buku ini tidak dapat dikatakan dengan perkataan. Sangat indah. Sangat unik. Jalan cerita yang mengisahkan tentang akhirat kelak. Persoalan-persoalan kehidupan dipersoal kan. Dan yang paling ketara adalah soal keadaan di akhirat. Mungkin keadaan yang sebenar tidak seperti yang digambarkan oleh penulis. Namun, ia adalah satu gambaran yang mungkin boleh membuatkan kita terfikir tentang keadaan kita di akhirat nanti.
Akan timbul rasa insaf dalam diri. Rasa kita ini adalah hamba-NYA yang lemah. Mungkin kita rasa hebat di dunia. Tapi hakikatnya. Itu hanya di dunia. Di tempat di mana ianya sementara. Kuasa mu itu sementara dan kuasa ALLAH lah yang abadi selamanya. Apakah yang akan berlaku di akhirat nanti?
NOVEL yang penuh persoalan kehidupan di akhirat. Saya kagumi cara penulisan dan penulis novel ini. Antara novel yang terhebat yang saya pernah baca buat masa ini. Selalu bila dikatakan tentang novel. Cinta adalah idea utama atau pandangan pertama tentang novel. Dan apabila dikatakan dakwah. Maka buku-buku seperti buku islami ilmiah yang terpapar di minda.
Tapi pernah kah kita gabungkan 2 ini menjadi 1? Cuba masyarakat sastera kita memperbanyakkan lagi novel sebegini. Sambil bercerita sambil berdakwah. Pasti hebat pasarannya. Pasti luas ilmunya. Pasti ramai pembacanya.
Shafiq Salahuddin
Showing posts with label books. Show all posts

Sunday, 8 January 2012
Wednesday, 14 December 2011
Review 1 : Kaedah Jibril (book)
"Sesungguhnya ALLAH memiliki kerabat dalam kalangan manusia. Sahabat bertanya. 'Siapakah mereka, Rasulullah?' Rasulullah menjawab. 'Mereka adalah ahli al-Quran, mereka kerabat ALLAH dan orang pilihan-NYA.'" (Direkodkan oleh Ibnu Majah)
ALLAH menurunkan Al-Quran sebagai kalam-Nya yang terakhir. Dan kita sebagai Umat Islam perlu dan wajib memelihara kesuciannya. Pelbagai ilmu yang boleh kita perolehi. Dan tahukah anda para saintis dan juga pengkaji-pengkaji barat menggunakan al-Quran sebagai rujukan? Ini kerana al-Quran itu sempurna.
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;" (Surah Al-Baqarah 2 : 2)
Menghafaz al-Quran mendatangkan banyak maanfaat. Mendatangkan syafaat juga. Menghafaz al-Quran adalah satu kenikmatan. Apa yang kita hafalkan itu dapat kita amalkan dalam kehidupan demi mengecapi kehidupan yang lebih mulia, yang lebih berharga dan yang lebih diredhai oleh Ilahi.
KAEDAH JIBRIL adalah sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Hj. Mohammad Asraff Bin Ayob Al-Hafiz. Terbitan PTS DARUL FURQAN SDN BHD. Berharga RM 12.00(semenanjung Malaysia) dan RM14.00(Sabah/Sarawak). Mempunyai lebih kurang 147 mukasurat. Berkulit biru dan menampilkan corak yang agak menarik. Dan diterbitkan pada 3 JUN 2011.
Buku ini mengajar tentang kaedah yang diamalkan oleh penulis dalam perjuangnya untuk menghafal al-Quran. Mungkin anda beranggapan bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh diamalkan untuk menghafal. Namun adakah anda berusaha untuk menggelarkan diri anda 'hafiz/hafizah' ?
Jawab yang biasa penulis dengari adalah "saya sibuk bekerja" dan "tiada masa". Namun, KAEDAH JIBRIL ini merupakan solusi kepada masalah itu. Keadah ini mengajarkan kita menghafal al-Quran dengan kaedah dan cara yang betul tanpa membebankan kehidupan harian.
Kaedah yang senang difahami. Huraian yang jelas berserta hadis, dalil dan ayat al-Quran sebagai penambah semangat dan bara api untuk mulakan perjuang untuk bergelar 'hafiz/hafizah'. Kaedah ini sesuai untuk semua golongan pembaca. Usia bukan penghalang untuk kita melakukan sesuatu.
Pelbagai konflik, permasalahan, dan persoalan oleh orang awam telah penulis jawab dan huraikan di dalam bukunya ini. Kaedah yang cukup lengkap dan mantap. Terdapat juga tips-tips tambahan yang dihidangkan oleh penulis bagi kita untuk memantapkan hafalan kita.
Bagi maklumat lanjut anda boleh layari
http://pts.com.my/index.php/buku/kaedah-jibril-teknik-mudah-dan-praktikal-menghafaz-al-quran/
-Shafiq Salahuddin

Subscribe to:
Posts (Atom)