Assalammualaikum wbkt :) Iman itu manis. Berusahalah mencapai ketahap kemanisan iman

Sunday, 8 January 2012

Review 4 : Lorong Kematian (book)

Lorong Kematian adalah sebuah karya penulisan Geidurrahman El-Mishry. Seorang penulisan Indonesia. Buku ini mempunyai ketebalan dan bersaiz yang sederhana. Mengandungi 281 halaman bercetak(tidak termasuk kulit) yang juga mengandungi segment glosari bagi pemantapan pemahaman terhadap perkataan-perkataan bahasa Indonesia yang jarang kita dengari dan fahami. Diterbit oleh Telaga Biru. Berharga Rm23.00 di Semenanjung Malaysia dan RM25.00 di Sabah & Sarawak.


"Mereka hanya inginkan perapian cinta yang meluruhkan jiwa dan memusnahkan gejolak nafsu. Kini Farisi telah bergabung dalam barisan untuk melingkar para sufi itu. Awalnya dia ikut berkeliling melingkar, tapi kemudian ia memberanikan diri untuk maju ke tengah lingkaran. Berdiri di tengah kerumunan para sufi itu. “Saudara-saudara! Nasib kita sama. Di syurga ini, kita terperangkap!“ Teriaknya memancing perhatian mereka. “Benar! Kita sedang terperangkap!“ Sahut seorang sufi. “Lalu, kita mau apa? Ini sudah suratan takdir!“ “Kita tak boleh menyerah! Mari kita tuntut hak kita! Tak ada kebahagiaan di syurga ini. Tak ada keceriaan, hanya kegelisahan!“ “Ya, betul! Kita harus meminta semesta yang lain, bukan seperti syurga ini!" 

SuhbanALLAH. Perasaan yang ana alami ketika membaca buku ini tidak dapat dikatakan dengan perkataan. Sangat indah. Sangat unik. Jalan cerita yang mengisahkan tentang akhirat kelak. Persoalan-persoalan kehidupan dipersoal kan. Dan yang paling ketara adalah soal keadaan di akhirat. Mungkin keadaan yang sebenar tidak seperti yang digambarkan oleh penulis. Namun, ia adalah satu gambaran yang mungkin boleh membuatkan kita terfikir tentang keadaan kita di akhirat nanti.

Akan timbul rasa insaf dalam diri. Rasa kita ini adalah hamba-NYA yang lemah. Mungkin kita rasa hebat di dunia. Tapi hakikatnya. Itu hanya di dunia. Di tempat di mana ianya sementara. Kuasa mu itu sementara dan kuasa ALLAH lah yang abadi selamanya. Apakah yang akan berlaku di akhirat nanti?

NOVEL yang penuh persoalan kehidupan di akhirat. Saya kagumi cara penulisan dan penulis novel ini. Antara novel yang terhebat yang saya pernah baca buat masa ini. Selalu bila dikatakan tentang novel. Cinta adalah idea utama atau pandangan pertama tentang novel. Dan apabila dikatakan dakwah. Maka buku-buku seperti buku islami ilmiah yang terpapar di minda.

Tapi pernah kah kita gabungkan 2 ini menjadi 1? Cuba masyarakat sastera kita memperbanyakkan lagi novel sebegini. Sambil bercerita sambil berdakwah. Pasti hebat pasarannya. Pasti luas ilmunya. Pasti ramai pembacanya. 

Shafiq Salahuddin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...