Assalammualaikum wbkt :) Iman itu manis. Berusahalah mencapai ketahap kemanisan iman

Wednesday 29 February 2012

Kami ingin yang dulu, bukan yang kini :)






Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami asadullah, saifullah.
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah sekali,
Ramainya boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya damai dihati,
Lelaki kami menjaga, melindungi.
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al Mu’tasim kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya dibuka,
Wanitanya dibar bebas binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama.
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah.
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al Farouq, Zunnurain mati terbunuh.
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh.
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelagah.

Kembalilah lelakiku,
Kembalilah kepada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dahulu,
Acuan madrasah Rasul :)


oleh : Safiyah Wardah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...