Assalammualaikum wbkt :) Iman itu manis. Berusahalah mencapai ketahap kemanisan iman

Saturday 24 March 2012

Andai Dia Bukan Jodohku


Sang Mujahid terhidu bauan cinta. Terdetik di hati sudah tiba masanya. Bagi mencari si dia yang ditakdirkan bersama. Seorang teman yang bisa menjadi kekuatan, semangat dan jua sumber inspirasi. Si dia yang bisa menemaninya dalam jihad di dunia bagi mengejar akhirat. Supaya bersama-sama menempah tiket ke Jannah bukan Jahanam.


Bermulalah dia dengan sebuah kisah pencarian. Mencari tulang rusuknya yang lama hilang dari tubuhnya yang sasa. Entah di mana tulang rusuknya. Entah siapa tulang rusuknya. “Wahai jodohku. Nantikan lah kehadiran ku. Ingin ku bina mahligai cinta bersamamu.”


Puteri Mujahadah pula mengidamkan cinta. Wah, ternanti-nanti dia akan seorang jejaka yang kuat imannya. Yang datang mencari tulung rusuknya yang hilang. Yang ingin dinakihi dan dijadikan teman. Ternanti seorang cucu Adam yang bakal menjadi imamnya. Imam yang akan memimpin dan menggengam erat tangannya untuk bersama-sama memasuki pintu gerbang syurga Ilahi.


Kini sang puteri dibuai mimpi dan impian. Menanti dan ternanti. Soalan yang sama berenang-renang di minda sang puteri. “Di mana jodohku? Bilakah kau akan tiba? Adakah kau akan datang jua? Atau aku akan terus kecewa?” Duduk termanggu-manggu. Mengadu nasib pada yang Maha Satu. Menanti dan setia menanti.


Yang datang bukan jua yang dipanggil jodoh. Mungkin hanya satu watak biasa yang singgah dalam hidupmu. Yang pergi tidak pula bermakna dia tidak ditakdirkan kembali. Mungkin dia lah jodohmu. Mungin juga tidak. Menantilah kamu dengan penuh kesetiaan. Dan percayalah jodohmu akan tiba jua bersama takdir. Indahnya takdir jika kita ratapi bersama kesabaran dan kepercayaan. Kesabaran dalam penanti. Dan kepercayaan pada takdir yang dibentangkan oleh yang Maha Esa buat kita.



Andai dia bukan jodohku...


Andai dia bukan jodohmu jua...



La tahzan dan teruskan perjuanganmu. Teruskan tersenyum dan bersangka baik pada ketentuan ALLAH. Perlukah untuk dikau bersedih? Berasa kecewa dan marah? Perlukah kita mengalirkan air mata hanya kerana jodoh? Tidak sama sekali. Tidak wajar, tidak patut dan tidak perlu. Jodoh merupakan satu ketentuan. Ia pasti tiba. Kalau tidak di dunia mungkin di Jannah.


Ada juga yang bersedih kerana jodohnya tidak sesempurna yang didomba. Tidak sehebat yang dipinda. Tidak sekacak atau secantik pasangan teman-teman yang lain. Kemana pergi kepercayaan pada ilahi? Bukankah disebalik takdirnya ada 1001 himah? Dan bukankah si dia itu manusia biasa? Yang sudah pastinya memiliki 1001 kekurangan yang seimbang bersama 1001 kekuatan? Dan bukankah kau jua tidak sempurna?

Alangkah malunya diri ini. Sangat kurang dari pelbagai segi namun meminta seorang yang darjatnya lebih hebat daripada kesempurnaan diri kita sendiri? Dan yang pasti kita jua tidak sempurna. Mungkin si dia tidak sempurna. Namun bersama-sama kau dan dia bisa saling menyempurna.


 Bagaikan aur dengan tebing. Apabila kau menutupi kelemahannya dengan kekuatanmu, dan dia pula meneutralkan kekuranganmu dengan kekuatannya. Nescaya, cinta yang awalnya kelihatan janggal dan kurang sempurna akan menjadi cinta yang utuh dan sempurna dari seginya sendiri.


Bersedihlah jika kita lari dari kebenaran. Bersedihlah kerana diri dilumuri dosa-dosa lampau. Menangis lah. Dan mengalirlah air mata kesinsafan. Kecewa lah jika diri ini tidak mampu mengharungi ujian penantian. Ujian mengawal dan melawan nafsu yang bergelora di hati. Yang jika di layankan maka binasa lah jasad dan iman kita. Bersedihlah kerana ini dan bukan kerana jodohmu yang belum tiba.


Barangkali dalam pengembaraan hidupmu. Telah kau jumpa seorang yang cukup baik bagimu. Tapi adakah dia yang terbaik buat mu? Jangan lah kita menjangka sesuatu yang baik bagi kita adalah sesuatu yang terbaik untuk kita.


Sebagai contohnya makanan kesukaan kita. Pasti kita kata itu makanan yang terbaik buat kita kerana kesedapannya. Namun adalah ia yang terbaik buat kita? Mungkin ia boleh memudaratkan kesihatan kita tanpa kita sedari. Khasiat yang badan kita perlukan tidak dapat disumbangkan oleh makanan itu. Maka ia bukanlah makanan yang terbaik buat kita.


Jangan lah kamu berdoa dan meminta


“Ya ALLAH. Jika dia bukan jodoh ku. Jodohkan lah aku dengannya. Aku rasa dia yang terbaik bagi ku.”


Dia hanyalah yang terbaik bagi kita. Namun , mungkin juga dia bukan yang terbaik untuk kita. ALLAH lebih mengetahui. Dan pasti. ALLAH telah sediakan calon yang lebih sesuai dengan diri kita ini. Calon yang terbaik untuk kita.


Maka, berdoa lah


“Ya ALLAH. Tunjukkan lah aku siapa jodohku. Jika dia jodohku. Maka aku terima. Jika dia bukan jodoh ku. Aku redha. Kerana engkau lebih mengetahui mengenai siapa yang lebih layak menjadi jodohku. Jodohkan lah aku dengan insan yang terbaik buat ku. Bukan yang terbaik bagiku”


Dalam kepenatan memendam cinta berteraskan sebuah penanti. Jangan dikau berputus asa. Jodohmu pasti akan tiba. Dia mungkin yang lebih baik dari yang kau harapkan. Lebih kau perlukan dari yang kau sangkakan. Teruskan menanti dalam keredhaanNYA wahai kaum adam dan kaum hawa. Bersangka baiklah pada yang Maha Esa. Wallahua’alam.

-Shafiq Salahuddin-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...