Assalammualaikum wbkt :) Iman itu manis. Berusahalah mencapai ketahap kemanisan iman

Sunday 25 December 2011

Article 4 : memaki di FB/TWITTER, dosa pada diri

Sedar tak sedar. Remaja menggunakan Facebook/Twitter sebagai diary kehidupan mereka. Apa yang mereka rasa, mereka fikir, dan mereka lakukan semuanya bagaikan wajib diluahkan dan dipaparkan dikhalayak ramai. Wah wah wah. Dah macam diary. Namun perbezaannya. Diary itu privary. Kita dan ALLAH sahaja yang tahu apa yang kita luahkan. Itu lah konsep diary yang sebenar.


Kini diary kita adalah FACEBOOK&TWITTER dan tidak wujud perkataan 'privacy' dalam kamus kehidupan kita. Segala nya diluahkan bagai tiada rasa malu. Mencaci memaki mencela orang dengan perasaan BANGGA. Tapi tahukah siapa yang paling bangga saat itu? Syaitan lah ! Anda telah dipengaruh oleh mereka. Mengikut gaya hidup mereka yang penuh dengan kezaliman, kejahilan dan kejahatan. 


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, (Surah Al-Hijr 15 : 39) 


Senangnya kita dipengaruhi oleh mereka. Iman kita ke mana? Anda sendiri mengaku agama anda ISLAM. Tapi kemana kehormatan dan maruah diri pergi? Sanggup engkau memaki antara satu sama lain. Sanggup kucar kacir kan keadaan dengan fitnah-fitnah yang berleluasa. Islam ke macam tu? ISLAM pada nama? YA. Islam dalam diri dan jiwa? Tidak sama sekali.


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Hujuraat 49 :11) 


FACEBOOK mungkin laman web untuk bersosial. Tapi bukan untuk dijadikan sebagai diary atau tempat meluaskan fitnah. Jangan disalah gunakan. Kenapa perlu memaki orang di dalam FACEBOOK dan meluaskan fitnah sedangkan realitinya ia mendatangkan dosa? 


Mungkin kalian berpendapat. "Oh, kalau maki face to face boleh gaduh besar. Takut lah nak gadoh-gadoh ni. Patah tangan sakit. Luka sakit." Hakikat yang sebenar adalah kesakitan yang dirasai dalam hati apabila difitnah dan dimaki di FACEBOOK mahupun face to face adalah lebih sakit dari luka atau kesakitan fizikal.


Dalam kehidupan pun. Ramai yang suka memaki dan mencaci. Dah jadi macam adab. Tetapi mengapa post ini dikemukakan dan ditujukan untuk FB/TWITTER dan lain-lain? Sebab dalam MUKA BUKU. Anda bagai kan tiada maruah dan rasa malu. Dalam realiti. Kata-kata anda akan tersangkut atau tersekat kerana malu dengan orang sekeliling yang memerhati. Nak jaga maruah lah kononnya. Tapi di MUKA BUKU. Wah. Apa itu malu? Who cares? *maki sana sini* Dosa ganda sepuluh dua puluh kali. HAHA


Mengapa perlu memaki dan mencaci? Sedangkan itu perbuatan yang hina? Sedangkan itu apa yang syaitan lakukan? Walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan. Memarah dan memaki adalah sangat berbeza. Marah itu perasaan. Maki itu satu perbuatan yang memburukkan orang lain. Kawal kemarahan dan elakkan memaki dan mencaci. Wallahu a'lam.




Sebagai renungan :
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah An-Nisaa' 4 : 110) 


ShafiqSalahuddin&NR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...