Assalammualaikum wbkt :) Iman itu manis. Berusahalah mencapai ketahap kemanisan iman

Thursday 22 December 2011

Article 3 : Kehidupan Penuh Kesyukuran

Tatkala kamu dilanda oleh musibah, mahupun dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Perkara yang pertama yang perlu dilakukan oleh kita yang bergelar Islam adalah redha dan bersyukur. Tatkala kita berduka mahupun gembira. Ingatlah bahawa semuanya adalah ketentuan ALLAH SWT dan bersyukurlah dengan ketentuan-NYA.


Namun, manusia sering lalai, leka dan lupa. Sering bersyukur hanya apabila memperolehi rezeki yang melimpah ruah sahaja. Dan kemudiannya leka dengan kekayaan itu. Dan apabila musibah melanda sering kali kita memarah, memaki dan menyalahkan orang lain atau menyalahi keadaan.


Situasi 1
Sering kali saya lihat keadaan di mana seseorang tidak berpuas hati dengan makanan yang di 'order' di kedai/gerai/warong/restaurant. Rasa tidak puas hati itu pasti ada. Dan hati mereka memberontak dengan berkata "apa lah kedai ni. aku bayar mahal-mahal. makanan tak sedap ni yang kau kasi aku makan? Lain kali aku tak datang sini lagi." 






Mereka tidak sedar bahawa rezeki itu adalah nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH. Bukan kah kita sepatutnya bersyukur? Ketahuilah bahawa di luar sana. Ada anak-anak kecil yang kelaparan. Di bumi SOMALIA , mereka kekurangan bekalan makanan. Kalau kita tak pandai nak bersyukur dengan apa yang kita ada? Layakkah kita mendapat rezeki itu? Lebih layak mereka yang kekurangan makanan di SOMALIA.


Situasi 2
Dalam situasi lain. Ada pula dikalangan manusia yang tamak sehingga lupa bersyukur apabila rezeki telah ALLAH kurniakan ke atas kita. Sama juga dalam situasi 1. Kita sentiasa tidak berpuas hati. Sebagai contoh. Project yang kita jalankan telah mendapat keuntungan RM50000. Wah, besar nilau itu. Namun, ayat yang pertama kebiasaannya keluar dari mulut-mulut manusia adalah "RM50000 je? Kenapa tak RM100000?" 


Tidak lagi kedengaran kalimah 'alhamdulillah' yang dahulunya di ajar kepada kita supaya kita terima apa yang ada dan berusaha lagi di lain hari. Sedikit mana rezeki kita pun. Kita perlu sentiasa bersyukur kerana kesyukuran itu dapat mendatangkan rezeki yang tidak kita akan jangkakan.


‎''Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan, jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'.'' (QS Ibrahim [14]: 7).

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka). (Surah An-Nisaa' 4 : 147)


Ternyata. Kalau kita sentiasa bersyukur. Kita pasti akan diberikan dengan ganjaran yang lebih lumayan. Namun, apa yang kita mahu sebenarnya dalam kehidupan ini? Rezeki yang melimpah ruah di dunia ini? Atau rezeki yang mencukupi dan al-Jannah?


ALLAH Maha Pemurah. ALLAH Maha Penyayang dan ALLAH Maha Pemberi. Ketahui lah bahawa dia tidak kedekut dengan kita. Malah dia lah yang banyak mencurahkan cinta-NYA kepada kita tanpa kita sedari. 


"Siapa yang lebih banyak cinta maka dia yang lebih banyak memberi." Kata ini saya petik dari salah satu ceramah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Jadi, siapakah yang paling mencintai diri kita yang banyak berdusta dan dosa ini? Ibu? Ayah? Pasangan kita?


Saya berani jawab. ALLAH lah yang paling mencintai saya dan kamu semua. Allahu Akbar ! I love you ALLAH.


-ShafiqSalahuddin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...