Assalammualaikum wbkt :) Iman itu manis. Berusahalah mencapai ketahap kemanisan iman
Showing posts with label article. Show all posts
Showing posts with label article. Show all posts

Saturday, 24 March 2012

Andai Dia Bukan Jodohku


Sang Mujahid terhidu bauan cinta. Terdetik di hati sudah tiba masanya. Bagi mencari si dia yang ditakdirkan bersama. Seorang teman yang bisa menjadi kekuatan, semangat dan jua sumber inspirasi. Si dia yang bisa menemaninya dalam jihad di dunia bagi mengejar akhirat. Supaya bersama-sama menempah tiket ke Jannah bukan Jahanam.


Bermulalah dia dengan sebuah kisah pencarian. Mencari tulang rusuknya yang lama hilang dari tubuhnya yang sasa. Entah di mana tulang rusuknya. Entah siapa tulang rusuknya. “Wahai jodohku. Nantikan lah kehadiran ku. Ingin ku bina mahligai cinta bersamamu.”


Puteri Mujahadah pula mengidamkan cinta. Wah, ternanti-nanti dia akan seorang jejaka yang kuat imannya. Yang datang mencari tulung rusuknya yang hilang. Yang ingin dinakihi dan dijadikan teman. Ternanti seorang cucu Adam yang bakal menjadi imamnya. Imam yang akan memimpin dan menggengam erat tangannya untuk bersama-sama memasuki pintu gerbang syurga Ilahi.


Kini sang puteri dibuai mimpi dan impian. Menanti dan ternanti. Soalan yang sama berenang-renang di minda sang puteri. “Di mana jodohku? Bilakah kau akan tiba? Adakah kau akan datang jua? Atau aku akan terus kecewa?” Duduk termanggu-manggu. Mengadu nasib pada yang Maha Satu. Menanti dan setia menanti.


Yang datang bukan jua yang dipanggil jodoh. Mungkin hanya satu watak biasa yang singgah dalam hidupmu. Yang pergi tidak pula bermakna dia tidak ditakdirkan kembali. Mungkin dia lah jodohmu. Mungin juga tidak. Menantilah kamu dengan penuh kesetiaan. Dan percayalah jodohmu akan tiba jua bersama takdir. Indahnya takdir jika kita ratapi bersama kesabaran dan kepercayaan. Kesabaran dalam penanti. Dan kepercayaan pada takdir yang dibentangkan oleh yang Maha Esa buat kita.



Andai dia bukan jodohku...


Andai dia bukan jodohmu jua...



La tahzan dan teruskan perjuanganmu. Teruskan tersenyum dan bersangka baik pada ketentuan ALLAH. Perlukah untuk dikau bersedih? Berasa kecewa dan marah? Perlukah kita mengalirkan air mata hanya kerana jodoh? Tidak sama sekali. Tidak wajar, tidak patut dan tidak perlu. Jodoh merupakan satu ketentuan. Ia pasti tiba. Kalau tidak di dunia mungkin di Jannah.


Ada juga yang bersedih kerana jodohnya tidak sesempurna yang didomba. Tidak sehebat yang dipinda. Tidak sekacak atau secantik pasangan teman-teman yang lain. Kemana pergi kepercayaan pada ilahi? Bukankah disebalik takdirnya ada 1001 himah? Dan bukankah si dia itu manusia biasa? Yang sudah pastinya memiliki 1001 kekurangan yang seimbang bersama 1001 kekuatan? Dan bukankah kau jua tidak sempurna?

Alangkah malunya diri ini. Sangat kurang dari pelbagai segi namun meminta seorang yang darjatnya lebih hebat daripada kesempurnaan diri kita sendiri? Dan yang pasti kita jua tidak sempurna. Mungkin si dia tidak sempurna. Namun bersama-sama kau dan dia bisa saling menyempurna.


 Bagaikan aur dengan tebing. Apabila kau menutupi kelemahannya dengan kekuatanmu, dan dia pula meneutralkan kekuranganmu dengan kekuatannya. Nescaya, cinta yang awalnya kelihatan janggal dan kurang sempurna akan menjadi cinta yang utuh dan sempurna dari seginya sendiri.


Bersedihlah jika kita lari dari kebenaran. Bersedihlah kerana diri dilumuri dosa-dosa lampau. Menangis lah. Dan mengalirlah air mata kesinsafan. Kecewa lah jika diri ini tidak mampu mengharungi ujian penantian. Ujian mengawal dan melawan nafsu yang bergelora di hati. Yang jika di layankan maka binasa lah jasad dan iman kita. Bersedihlah kerana ini dan bukan kerana jodohmu yang belum tiba.


Barangkali dalam pengembaraan hidupmu. Telah kau jumpa seorang yang cukup baik bagimu. Tapi adakah dia yang terbaik buat mu? Jangan lah kita menjangka sesuatu yang baik bagi kita adalah sesuatu yang terbaik untuk kita.


Sebagai contohnya makanan kesukaan kita. Pasti kita kata itu makanan yang terbaik buat kita kerana kesedapannya. Namun adalah ia yang terbaik buat kita? Mungkin ia boleh memudaratkan kesihatan kita tanpa kita sedari. Khasiat yang badan kita perlukan tidak dapat disumbangkan oleh makanan itu. Maka ia bukanlah makanan yang terbaik buat kita.


Jangan lah kamu berdoa dan meminta


“Ya ALLAH. Jika dia bukan jodoh ku. Jodohkan lah aku dengannya. Aku rasa dia yang terbaik bagi ku.”


Dia hanyalah yang terbaik bagi kita. Namun , mungkin juga dia bukan yang terbaik untuk kita. ALLAH lebih mengetahui. Dan pasti. ALLAH telah sediakan calon yang lebih sesuai dengan diri kita ini. Calon yang terbaik untuk kita.


Maka, berdoa lah


“Ya ALLAH. Tunjukkan lah aku siapa jodohku. Jika dia jodohku. Maka aku terima. Jika dia bukan jodoh ku. Aku redha. Kerana engkau lebih mengetahui mengenai siapa yang lebih layak menjadi jodohku. Jodohkan lah aku dengan insan yang terbaik buat ku. Bukan yang terbaik bagiku”


Dalam kepenatan memendam cinta berteraskan sebuah penanti. Jangan dikau berputus asa. Jodohmu pasti akan tiba. Dia mungkin yang lebih baik dari yang kau harapkan. Lebih kau perlukan dari yang kau sangkakan. Teruskan menanti dalam keredhaanNYA wahai kaum adam dan kaum hawa. Bersangka baiklah pada yang Maha Esa. Wallahua’alam.

-Shafiq Salahuddin-

Sunday, 25 December 2011

Article 4 : memaki di FB/TWITTER, dosa pada diri

Sedar tak sedar. Remaja menggunakan Facebook/Twitter sebagai diary kehidupan mereka. Apa yang mereka rasa, mereka fikir, dan mereka lakukan semuanya bagaikan wajib diluahkan dan dipaparkan dikhalayak ramai. Wah wah wah. Dah macam diary. Namun perbezaannya. Diary itu privary. Kita dan ALLAH sahaja yang tahu apa yang kita luahkan. Itu lah konsep diary yang sebenar.


Kini diary kita adalah FACEBOOK&TWITTER dan tidak wujud perkataan 'privacy' dalam kamus kehidupan kita. Segala nya diluahkan bagai tiada rasa malu. Mencaci memaki mencela orang dengan perasaan BANGGA. Tapi tahukah siapa yang paling bangga saat itu? Syaitan lah ! Anda telah dipengaruh oleh mereka. Mengikut gaya hidup mereka yang penuh dengan kezaliman, kejahilan dan kejahatan. 


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, (Surah Al-Hijr 15 : 39) 


Senangnya kita dipengaruhi oleh mereka. Iman kita ke mana? Anda sendiri mengaku agama anda ISLAM. Tapi kemana kehormatan dan maruah diri pergi? Sanggup engkau memaki antara satu sama lain. Sanggup kucar kacir kan keadaan dengan fitnah-fitnah yang berleluasa. Islam ke macam tu? ISLAM pada nama? YA. Islam dalam diri dan jiwa? Tidak sama sekali.


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Hujuraat 49 :11) 


FACEBOOK mungkin laman web untuk bersosial. Tapi bukan untuk dijadikan sebagai diary atau tempat meluaskan fitnah. Jangan disalah gunakan. Kenapa perlu memaki orang di dalam FACEBOOK dan meluaskan fitnah sedangkan realitinya ia mendatangkan dosa? 


Mungkin kalian berpendapat. "Oh, kalau maki face to face boleh gaduh besar. Takut lah nak gadoh-gadoh ni. Patah tangan sakit. Luka sakit." Hakikat yang sebenar adalah kesakitan yang dirasai dalam hati apabila difitnah dan dimaki di FACEBOOK mahupun face to face adalah lebih sakit dari luka atau kesakitan fizikal.


Dalam kehidupan pun. Ramai yang suka memaki dan mencaci. Dah jadi macam adab. Tetapi mengapa post ini dikemukakan dan ditujukan untuk FB/TWITTER dan lain-lain? Sebab dalam MUKA BUKU. Anda bagai kan tiada maruah dan rasa malu. Dalam realiti. Kata-kata anda akan tersangkut atau tersekat kerana malu dengan orang sekeliling yang memerhati. Nak jaga maruah lah kononnya. Tapi di MUKA BUKU. Wah. Apa itu malu? Who cares? *maki sana sini* Dosa ganda sepuluh dua puluh kali. HAHA


Mengapa perlu memaki dan mencaci? Sedangkan itu perbuatan yang hina? Sedangkan itu apa yang syaitan lakukan? Walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan. Memarah dan memaki adalah sangat berbeza. Marah itu perasaan. Maki itu satu perbuatan yang memburukkan orang lain. Kawal kemarahan dan elakkan memaki dan mencaci. Wallahu a'lam.




Sebagai renungan :
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah An-Nisaa' 4 : 110) 


ShafiqSalahuddin&NR

Thursday, 22 December 2011

Article 3 : Kehidupan Penuh Kesyukuran

Tatkala kamu dilanda oleh musibah, mahupun dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Perkara yang pertama yang perlu dilakukan oleh kita yang bergelar Islam adalah redha dan bersyukur. Tatkala kita berduka mahupun gembira. Ingatlah bahawa semuanya adalah ketentuan ALLAH SWT dan bersyukurlah dengan ketentuan-NYA.


Namun, manusia sering lalai, leka dan lupa. Sering bersyukur hanya apabila memperolehi rezeki yang melimpah ruah sahaja. Dan kemudiannya leka dengan kekayaan itu. Dan apabila musibah melanda sering kali kita memarah, memaki dan menyalahkan orang lain atau menyalahi keadaan.


Situasi 1
Sering kali saya lihat keadaan di mana seseorang tidak berpuas hati dengan makanan yang di 'order' di kedai/gerai/warong/restaurant. Rasa tidak puas hati itu pasti ada. Dan hati mereka memberontak dengan berkata "apa lah kedai ni. aku bayar mahal-mahal. makanan tak sedap ni yang kau kasi aku makan? Lain kali aku tak datang sini lagi." 






Mereka tidak sedar bahawa rezeki itu adalah nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH. Bukan kah kita sepatutnya bersyukur? Ketahuilah bahawa di luar sana. Ada anak-anak kecil yang kelaparan. Di bumi SOMALIA , mereka kekurangan bekalan makanan. Kalau kita tak pandai nak bersyukur dengan apa yang kita ada? Layakkah kita mendapat rezeki itu? Lebih layak mereka yang kekurangan makanan di SOMALIA.


Situasi 2
Dalam situasi lain. Ada pula dikalangan manusia yang tamak sehingga lupa bersyukur apabila rezeki telah ALLAH kurniakan ke atas kita. Sama juga dalam situasi 1. Kita sentiasa tidak berpuas hati. Sebagai contoh. Project yang kita jalankan telah mendapat keuntungan RM50000. Wah, besar nilau itu. Namun, ayat yang pertama kebiasaannya keluar dari mulut-mulut manusia adalah "RM50000 je? Kenapa tak RM100000?" 


Tidak lagi kedengaran kalimah 'alhamdulillah' yang dahulunya di ajar kepada kita supaya kita terima apa yang ada dan berusaha lagi di lain hari. Sedikit mana rezeki kita pun. Kita perlu sentiasa bersyukur kerana kesyukuran itu dapat mendatangkan rezeki yang tidak kita akan jangkakan.


‎''Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan, jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'.'' (QS Ibrahim [14]: 7).

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka). (Surah An-Nisaa' 4 : 147)


Ternyata. Kalau kita sentiasa bersyukur. Kita pasti akan diberikan dengan ganjaran yang lebih lumayan. Namun, apa yang kita mahu sebenarnya dalam kehidupan ini? Rezeki yang melimpah ruah di dunia ini? Atau rezeki yang mencukupi dan al-Jannah?


ALLAH Maha Pemurah. ALLAH Maha Penyayang dan ALLAH Maha Pemberi. Ketahui lah bahawa dia tidak kedekut dengan kita. Malah dia lah yang banyak mencurahkan cinta-NYA kepada kita tanpa kita sedari. 


"Siapa yang lebih banyak cinta maka dia yang lebih banyak memberi." Kata ini saya petik dari salah satu ceramah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Jadi, siapakah yang paling mencintai diri kita yang banyak berdusta dan dosa ini? Ibu? Ayah? Pasangan kita?


Saya berani jawab. ALLAH lah yang paling mencintai saya dan kamu semua. Allahu Akbar ! I love you ALLAH.


-ShafiqSalahuddin

Friday, 16 December 2011

Article 2 : Message Berantai

Sekali lagi. Message berantai yang sama berkunjung di group/page yang di share oleh Mulim/Muslimah yang beranggapan mereka menyebarkan warning/dakwah. Saya akui. Niat anda adalah betul dan saya hormati anda disebabkan niat yang mulia itu. Namun, sedarkah kalian bawaha di hujung message itu ada unsur-unsur dakwah yang tidak sahih? 


Contoh pangkalan message berantai : "siapa yg membaca ini tolong sebarkn dan kirim pada 20 orang.jgn dpermainkan.lillahi taal dan demi allah ini amanah mu dalam waktu 12 jam tidak dikirimkan maka kamu akan mendapat musibah berupa dibenci akan sial smpi 48 tahun"

Dan terlantas difikiran saya. Mengapa kalian menyebarkan message sebegitu? Masalah utama adalah kandungannya yang tidak sahih. Yang kedua adalah unsur-unsur kepercayaan yang karut yang berada pada pangkalan message sebegini.


Adakah kerana dakwah? Atau kerana takut dan percaya kepada pangkalan yang karut ini? Kita seharusnya sebarkan dakwah dengan apa yang sahih. Dengan ilmu yang betul. Jangan lah percayakan sesuatu dengan sekali baca tanpa ada kepastian.

"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna." (Surah Al-Furqaan 25 : 2)

Sudah jelas lagi bersuluh. Berdasarkan ayat al-Quran di atas. Sungguh, ALLAH lah yang menetapkan ketentuan dan takdir didalam dihup kita. Bukan message-message sebegitu. Dan mempercayai message-message dengan pangkalan kepercayaan karut ini boleh menghantar kita kepada dosa yang amat besar. MENSYIRIK. 

Kerana mempercayai nasib kita pada message itu. Kita seakan-akan mempercayai nasib kita yang diolah oleh seorang tukang tilik mahupun bomoh. Dan mempercayai bomoh dan tukang tilik adalah syirik. Dan suka saya berkongsi. Dosa melakukan syirik ini adalah dosa besar dan ALLAH tidak akan mengampunkan dosa itu sepertimana yang telah diturunkan ayat al-Quran ini keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa' 4 : 166)


Berhenti lah menyebarkan message-message berantai atau boleh dikatakan message syirik sebegini. Sayangilah akidah dan ISLAM mu. Dan jangan sesekali kita mensyirikkan ALLAH SWT. Jagalah iman mu. 

Hadis renungan :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” 
(Riwayat Muslim)


Saya bukan lah mufti yang dapat mengeluarkan hukum-hakam agama namun saya hanya pendakwah yang ingin membawa umat Islam kembali ke jalan yang benar dan diredhai ALLAH. Syirik itu berdosa. Syirik itu meminta bantuan daripada selain ALLAH. Dan mempercayai kepercayaan yang karut seperti nenek moyang yang terdahulu. Dan mempercayai nasib yang tertulis pada message-message berantai ini tergolong dalam mempercayai kata-kata bomoh dan ini adalah SYIRIK. Wallahu A'lam


-Shafiq Salahuddin

Wednesday, 14 December 2011

Article 1 : Say No To COUPLE

Manusia dicipta dan dilahirkan dengan fitrah. Fitrah untuk berkawan dan fitrah untuk bercinta. Dan ALLAH SWT telah meletakkan batas-batasan didalam asolah(pergualan) dalam kalang masyarakat termasuk juga batasan asolah antara ikhwan(lelaki) dan akhawat(perempuan).

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" (Surah An-Nuur 24:30-31)

Pergaulan dan perhubungan mesti lah dijaga batas-batasannya. Bila ALLAH melarang maka ia bersebab. Jika kita melanggar larangan itu. Maka kita akan memudaratkan diri kita. Dalam persahabatan/pergaulan/hubungan, niat seharusnya betul dan baik. Jangan berkenalan dengan si dia kerana nafsu. Jangan ikutkan 'trend' ber'couple' masa kini. Kerana bercouple ini bukan sahaja memudaratkan. Malah HARAM dari beberapa pandangan ahli agama.



Trend bercouple ini tidak patut diikut dan diamalkan remaja yang bergelar muslim. Ini kerana bercinta ini sesuatu yang melalaikan dan memudaratkan. Bercinta adalah proses yang patut dilakukan selepas akad nikah. Pasti macam-macam pertikaian berada di minda semua? "Kalau tak bercinta macam mana nak tahu dia jodoh kita? Macam mana nak kenal dia?" dan lain-lain lagi.

Namun, sedar tak sedar. Hakikatnya, hidup, mati, pertemuan(termasuk jodoh), dan perpisahan adalah ketentuan-NYA. Dan kita mampu berkenalan dengan seseorang tanpa bercinta. "Membina mengambil masa, Meruntuh sekelip mata." Mengapa kita perlu bina satu hubungan yang tidak menjaminkan masa depan? Memperjuangkan cinta yang tidak halal? Menghalal kan yang haram dan menganggap yang halal itu menyusahkan hidup? Pertikaian sekarang adalah "tak bercinta maka tak boleh kenal si dia". Tapi, adakah kita perlukan 'bercinta' apabila hendak mengenali jiran, rakan, guru dan ibu bapa? TIDAK sama sekali.

Berkenalan adalah berkenalan. Tanpa dan dengan cinta. Proses berkenalan itu tidak akan diusik atau dipengaruhi oleh cinta. Cinta itu cinta. Berkenalan itu berkenalan. Apa salah nya kita bercinta selepas nikah? Bukankah itu lagi bagus kerana sudah ada ikatan yang sah? Bukan ke dalam situasi itu semua dan segala keadaan akan berasa lebih manis dan berharga?

Mari kita renungkan proses ini. Berkenalan - Bertunang - Berkenalan Dengan Lebih Dalam - Bernikah&Kahwin - Bercinta. Masih ada cinta dalam hubungan itu. Dan masih ada cinta dalam rumah tangga. Malah dengan cara ini. Cinta itu lebih berharga sebenarnya. Bercouple hanya akan merosakkan kita. Bercouple akan membawa kita ke lembah hina. Mengapa kita perlu sia-sia kan kehidupan yang sementara ini, bila cinta yang hakiki adalah cinta yang suci, yang ditetapkan Ilahi untuk hamba-NYA yang disayangi?

Hadis renungan :
"Sungguh jika kepala salah seorang dari kamu ditusuk dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik dari menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu." (HR at-Tabrani dan al-Baihaqi)


Mampukah kita rasa kasih sayang-NYA jika kita berlumuran dosa dengan maksiat akibat bercouple ini? Dan mampukah hubungan yang tidak direstui itu kekal selamanya? Wallahu a'lam.


-Shafiq Salahuddin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...