Assalammualaikum wbkt :) Iman itu manis. Berusahalah mencapai ketahap kemanisan iman

Tuesday 20 December 2011

Review 2 : The Message (movie)

Siapa tak suka mempelajari sirah perjuangan Rasulullah SAW? Saya pasti semua berminat dan suka membaca, mendengar mahupun mencerita tentang sirah-sirah para Nabi dan Rasul terutamanya Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Contoh yang terbaik adalah anak-anak kecil dalam lingkungan 5 hingga 9 tahun. Merekalah yang paling berminat. Cuba bercerita tentang sirah Nabi kepada mereka. Saya pasti mata mereka akan merenung wajah kita dengan penuh minat. Telinga focus mendengar setiap perkataan yang keluar yang dari mulut kita. Minda penuh dengan imaginasi cuba membayangkan peristawa yang kita sedang ceritakan itu.





Muhammad, Messeger Of God atau lebih dikenali sebagai THE MESSAGE adalah filem pertama dan filem terhebat yang mengisahkan tentang ISLAM. Filem yang bermain selama 178 minit ini telah tayangkan pada 9 Mac 1976. Namun, media anti-islam telah menyekat filem ini daripada di tayangankan di pawagam. Moustapha Akkad adalah pengarah filem dwi bahasa(english & arabic) ini.

Plot atau jalan cerita dimulakan dengan kisah Rasulullah SAW mendapat wahyu pertama dari ALLAH yang disampaikan oleh Malaikat Jibril. Kemudian berkembang sehingga ke perjuang-perjuang and peristiwa-peristiwa yang penting seperti boycott yang dilakukan di Makkah terhadap umat Islam. Penghijrahan Rasulullah dan umat Islam ke Madinah.

Antara perang yang telah dilakonkan kembali adalah perang Badar dan Uhud. Di sini kita dapat saksikan bagaimana tentera Islam berani berjuang dan syahid di dalam pertempuran demi agama dan Nabi ALLAH. Kisah kematian Sayyidina Hamza juga telah dilakonkan semula demi iktibar dan penjelasan lebih tentang peristiwa itu.

Dan babak kegemaran saya adalah ketika Bilal dan Summayah yang diseksa kerana memeluk Islam. Subhanallah. Kuatnya iman mereka. Sanggup gadai nyawa kerana ALLAH. Mereka telah membuktikan cinta mereka kepada ALLAH. Kita pula bagaimana? 


Filem yang WAJIB ditonton oleh muslim dan anda yang bergelar Islam. Perbagai pengajaran dan iktibar yang terkandung didalam filem ini. Bagi yang tidak beragama islam. Anda boleh memahami ISLAM dengan menonton filem ini.


Like dan tonton lah filem ini di page ini
http://www.facebook.com/pages/-The-Message-Full-Movie/309892149041890

Dan bagi anda yang mahu mendownload filem ini. 'Click' di link bawah ni.
http://blog.iloveallaah.com/2009/06/the-message-of-islam/


-Shafiq Salahuddin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...