Assalammualaikum wbkt :) Iman itu manis. Berusahalah mencapai ketahap kemanisan iman

Saturday, 24 March 2012

Andai Dia Bukan Jodohku


Sang Mujahid terhidu bauan cinta. Terdetik di hati sudah tiba masanya. Bagi mencari si dia yang ditakdirkan bersama. Seorang teman yang bisa menjadi kekuatan, semangat dan jua sumber inspirasi. Si dia yang bisa menemaninya dalam jihad di dunia bagi mengejar akhirat. Supaya bersama-sama menempah tiket ke Jannah bukan Jahanam.


Bermulalah dia dengan sebuah kisah pencarian. Mencari tulang rusuknya yang lama hilang dari tubuhnya yang sasa. Entah di mana tulang rusuknya. Entah siapa tulang rusuknya. “Wahai jodohku. Nantikan lah kehadiran ku. Ingin ku bina mahligai cinta bersamamu.”


Puteri Mujahadah pula mengidamkan cinta. Wah, ternanti-nanti dia akan seorang jejaka yang kuat imannya. Yang datang mencari tulung rusuknya yang hilang. Yang ingin dinakihi dan dijadikan teman. Ternanti seorang cucu Adam yang bakal menjadi imamnya. Imam yang akan memimpin dan menggengam erat tangannya untuk bersama-sama memasuki pintu gerbang syurga Ilahi.


Kini sang puteri dibuai mimpi dan impian. Menanti dan ternanti. Soalan yang sama berenang-renang di minda sang puteri. “Di mana jodohku? Bilakah kau akan tiba? Adakah kau akan datang jua? Atau aku akan terus kecewa?” Duduk termanggu-manggu. Mengadu nasib pada yang Maha Satu. Menanti dan setia menanti.


Yang datang bukan jua yang dipanggil jodoh. Mungkin hanya satu watak biasa yang singgah dalam hidupmu. Yang pergi tidak pula bermakna dia tidak ditakdirkan kembali. Mungkin dia lah jodohmu. Mungin juga tidak. Menantilah kamu dengan penuh kesetiaan. Dan percayalah jodohmu akan tiba jua bersama takdir. Indahnya takdir jika kita ratapi bersama kesabaran dan kepercayaan. Kesabaran dalam penanti. Dan kepercayaan pada takdir yang dibentangkan oleh yang Maha Esa buat kita.



Andai dia bukan jodohku...


Andai dia bukan jodohmu jua...



La tahzan dan teruskan perjuanganmu. Teruskan tersenyum dan bersangka baik pada ketentuan ALLAH. Perlukah untuk dikau bersedih? Berasa kecewa dan marah? Perlukah kita mengalirkan air mata hanya kerana jodoh? Tidak sama sekali. Tidak wajar, tidak patut dan tidak perlu. Jodoh merupakan satu ketentuan. Ia pasti tiba. Kalau tidak di dunia mungkin di Jannah.


Ada juga yang bersedih kerana jodohnya tidak sesempurna yang didomba. Tidak sehebat yang dipinda. Tidak sekacak atau secantik pasangan teman-teman yang lain. Kemana pergi kepercayaan pada ilahi? Bukankah disebalik takdirnya ada 1001 himah? Dan bukankah si dia itu manusia biasa? Yang sudah pastinya memiliki 1001 kekurangan yang seimbang bersama 1001 kekuatan? Dan bukankah kau jua tidak sempurna?

Alangkah malunya diri ini. Sangat kurang dari pelbagai segi namun meminta seorang yang darjatnya lebih hebat daripada kesempurnaan diri kita sendiri? Dan yang pasti kita jua tidak sempurna. Mungkin si dia tidak sempurna. Namun bersama-sama kau dan dia bisa saling menyempurna.


 Bagaikan aur dengan tebing. Apabila kau menutupi kelemahannya dengan kekuatanmu, dan dia pula meneutralkan kekuranganmu dengan kekuatannya. Nescaya, cinta yang awalnya kelihatan janggal dan kurang sempurna akan menjadi cinta yang utuh dan sempurna dari seginya sendiri.


Bersedihlah jika kita lari dari kebenaran. Bersedihlah kerana diri dilumuri dosa-dosa lampau. Menangis lah. Dan mengalirlah air mata kesinsafan. Kecewa lah jika diri ini tidak mampu mengharungi ujian penantian. Ujian mengawal dan melawan nafsu yang bergelora di hati. Yang jika di layankan maka binasa lah jasad dan iman kita. Bersedihlah kerana ini dan bukan kerana jodohmu yang belum tiba.


Barangkali dalam pengembaraan hidupmu. Telah kau jumpa seorang yang cukup baik bagimu. Tapi adakah dia yang terbaik buat mu? Jangan lah kita menjangka sesuatu yang baik bagi kita adalah sesuatu yang terbaik untuk kita.


Sebagai contohnya makanan kesukaan kita. Pasti kita kata itu makanan yang terbaik buat kita kerana kesedapannya. Namun adalah ia yang terbaik buat kita? Mungkin ia boleh memudaratkan kesihatan kita tanpa kita sedari. Khasiat yang badan kita perlukan tidak dapat disumbangkan oleh makanan itu. Maka ia bukanlah makanan yang terbaik buat kita.


Jangan lah kamu berdoa dan meminta


“Ya ALLAH. Jika dia bukan jodoh ku. Jodohkan lah aku dengannya. Aku rasa dia yang terbaik bagi ku.”


Dia hanyalah yang terbaik bagi kita. Namun , mungkin juga dia bukan yang terbaik untuk kita. ALLAH lebih mengetahui. Dan pasti. ALLAH telah sediakan calon yang lebih sesuai dengan diri kita ini. Calon yang terbaik untuk kita.


Maka, berdoa lah


“Ya ALLAH. Tunjukkan lah aku siapa jodohku. Jika dia jodohku. Maka aku terima. Jika dia bukan jodoh ku. Aku redha. Kerana engkau lebih mengetahui mengenai siapa yang lebih layak menjadi jodohku. Jodohkan lah aku dengan insan yang terbaik buat ku. Bukan yang terbaik bagiku”


Dalam kepenatan memendam cinta berteraskan sebuah penanti. Jangan dikau berputus asa. Jodohmu pasti akan tiba. Dia mungkin yang lebih baik dari yang kau harapkan. Lebih kau perlukan dari yang kau sangkakan. Teruskan menanti dalam keredhaanNYA wahai kaum adam dan kaum hawa. Bersangka baiklah pada yang Maha Esa. Wallahua’alam.

-Shafiq Salahuddin-

Saturday, 10 March 2012

Layakkah aku?

Tunduk ku malu di depanMu,
Layakkah aku hidup disampingMu,
Aku hanya manusia yang hina,
Kerna aku sudahtersimpang jauh dari agama.

Sujudku rebah di depanMu,
Adakah amalan aku bakal diterima,
Atau api neraka menelan jiwa,
Atau pun syurga aku bertakhta.

Tuhanku,
Andai benaraku berdosa,
Andai jujuraku berdusta,
Andai jiwaaku nestapa,
Andai jalan aku yang salah.

Layakkah aku meminta dariMu,
Layakkah jiwa memuji kudratMu,
Layakkah langkahku kesyurgaMu,
Layakkah aku terima layanan itu?

Wednesday, 29 February 2012

Tukang Kayu yang malang :)


Ade seorang tukang kayu. Tukang kayu ni pakar membuat rumah. Kalau die buat rumah. Memang best gile! Lawa, cantik, style, menarik memang debooommm lah! Die juga tau selok belok kayu yang bagus, yang tahan, yang kuat. Semua nye die lah. Sebab die pakar.

Tukang kayu ni bekerja di sebuah syarikat pertukangan. Sebenarnye, tukang kayu ni dah berumur. Tapi, takde lah tua sangat. Tapi, die nak berhenti jadi tukang kayu. Walaupun die minat. Tp, die dah penat kot mengadap kayu kayu tu.

One day, majikan die suruh die buat satu rumah. Rumah yang lawa. Tukang kayu tu pun setuju TAPI dalam hati die akur dengan arahan tu, apekan daya, die terpakse sebab tu majikan die. So, die buatlah rumah tapi, tidak sesempurna, tidak secantik, se style, se lawa yang pernah die buat dlu. Yelah, bile dah taknak. Mmg tak ikhlas lah buatkan.

Selepas beberapa bulan, akhirnya rumah tu siap walaupun cacat dan die tak kesah pun tentang kepuashatian majikan die. Ape yang die fikir, die siap buat rumah nd berhenti kerja tu.

Die pun jumpe dngn majikan die untuk memberitahu yang rumah permintaannye dah siap. Tibe-2, majikan itu cakap “TAHNIAH” tukang kayu tu pelik. Kenape tahniah? Sedangkan majikan tu belum tengok lagi keadaan rumah tu. Tukang kayu tu pun tye lah, “kenape encik?” majikan tu pun sambung “rumah tu untuk awak sebenarnya, saye nak awak buat sendiri supaya awak puas hati”

Tukang kayu tu terkejut sangatttttt! Kalau korang, korang buat ape? Nak robohkan balek? Takkanlah. Penat la buat. So, tukang kayu tu pun telah beribu sesalan. HAHA. The end.



Moral : Buatlah sesuatu kerja dengan bersungguh sungguh dengan rasa ikhlas, tanpa merungut. Kalau kita ikhlas, kerja kita akan jadi lebih mudah, cantik, teratur, kemas. Sekali gus kita akan berpuas hati dengan hasil kerja kita walaupun kita tak suke. Sekurang kurangnya kita telah memuaskan hati orang lain dan buat orang lain suka dengan hasil kerja kite. Dan mungkin juga, kerja kite tu bermanfaat untuk kite. Cthnye belajar, tak suke belajar. Tapi, ia sangat berguna untuk masa depan yang cerah.


-Safiyah Wardah

Kami ingin yang dulu, bukan yang kini :)






Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami asadullah, saifullah.
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah sekali,
Ramainya boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya damai dihati,
Lelaki kami menjaga, melindungi.
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al Mu’tasim kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya dibuka,
Wanitanya dibar bebas binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama.
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah.
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al Farouq, Zunnurain mati terbunuh.
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh.
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelagah.

Kembalilah lelakiku,
Kembalilah kepada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dahulu,
Acuan madrasah Rasul :)


oleh : Safiyah Wardah

Monday, 20 February 2012

Wudu' itu ibarat pencuci muka :3


Assalamualaikum adek adek, akak akak, abang abang tersayang :)
Sihat?
So, mcm mne dgn tahun 2012?
Mencabarkann?
HAHA.
Adek adek form 1 mcm mne pulak? Masuk alam baru. Seronok kann?
Jangan seronok sangat! Nanti merana tau. Mcm akak xD
Akak ade cerita nak kongsi. Boleh kan?
Cerita ni cerita dongeng.
Tapi, ade pengajaran :)

Ceritanya bermula begini……

Di dalam sebuah pesawat. Pesawat itu menuju ke sebuah kota Perancis. Ketika di dalam pesawat, seorang pakcik yang bernama Pak Lah (bukan nama sebenar) ingin mengambil wudhu’ kerana telah masuk waktu solat. Dia pun mengambil wudhu’ seperti biasa. Ketika dia mencelupkan kaki ke dalam baldi. Seorang pramugari menegur perbuatan Pak Lah itu.

Pramugari : kenape pakcik masukkan kaki dalam baldi tu? Air tu orang nak guna buat basuh muka. Nanti kalau kotor mcm mne?

Pak Lah : kotor? Awk nak ckp kaki pakcik kotor ke? Boleh pakcik tanye? Awak cuci muka berape kali sehari?

Pramugari : cuci muka 3 kali sehari lah. Selepas bangun tidur, tengah hari & sebelum tidur. Kenape?

Pak Lah : kalau begitu, kaki pakcik lagi suci, bersih dr muka cantik awak. Sebab pakcik cuci 5 kali sehari.

Lalu, pramugari itu meninggalkan pakcik itu membuat hal sendiri. Kan dah bengang >.<


So, ape pengajaran dalam kisah dongeng ni?
Khas untuk perempuan lah.
Tak perlu lah pencuci muka segala bagai.
Nnti muke makin teruk.
Mmglah kesan die bukan skrg.
Tapi, mse tua nnti.
Kalau wudu’ tu takde kesan.
Malah dapat pahala!
Taknak ke?
Amek banyak kali pun takpe.
Tak rugi,
Tapi, janganlah sampai membazir air.
Tu dah dosa >.<
Okay tu je :D
Assalamualaikum!
*jangan lupe solat*


-SAFIYAH WARDAH

Sunday, 19 February 2012

My love Towards You


A day without you
Is a day without life
Dedication
Devotion
Is the prove of my love

You
I kept close in my heart
You
Are always in my mind
You
Are like the apple in my eyes
And you
I shall never say goodbye to

I am merely nothing
Without you
I am weak 
Without your love
I would be blind
If it would fall apart
It was you who had given me might

Ya Rabb,
I love you till the day i die
And will still love you
In the hereafter
Ya ALLAH,
I thanked you for this wonderful life
But it is not as wonderful as your paradise
And is not as wonderful as the love you gave me


Alhamdulillah. Karya yang ini telah dipublish dalam MAJALAH TUNAS EDISI 25(2011) Sekolah Menegah Teknik Johor Bahru. Karya bahasa inggeris ini telah di olah dan di edit balik sebelum saya postkan ia didalam blog ini. 

-Oleh : ShafiqSalahuddin

Sunday, 5 February 2012

Duhai sahabat ikhwan,
Sahabat seperjuagan sekalian,
Jangan ikhwan kegelisahan,
Jangan juga kesedihan,
Selagi ada TUHAN,
Selagi ada Al-Quran,
Akan Akhowat pertahankan,
InsyaAllah dengan izin TUHAN,
Hanya jalan lurus dan kebenaran,
Untuk sebuah keputusan...

Ya Ikhwan,
Mengertilah kamu pada sebuah kurniaan...
Kecantikan itu keindahan,
Keindahan itu kurniaan TUHAN,
Akan akhowat pertahankan,
Hanya satu jadi harapan,
Jangan ikhwan sekalian mengharap pada keindahan luaran,
Kerana keindahan iman tiada
kesudahan...

Wahai Akhi sekalian,
Jangan kau pinta keraguan,
Jangan kau hampiri kekeliruan,
Mengertilah kamu tentang ketentuan,
Bila dua hati bertautan,
Bila dua jiwa menyahut seruan,
Jangan kau siksa sekeping hati keresahan,
Menanti hari bahagia penuh kerinduan...

Duhai Mujahid sekalian,
Biar bisa kutelan,
Hanya kerana madu tiada keadilan,
Adakah tarikan pada keindahan?
Atau hanya berserah pada ketentuan?
Akhowat sekalian punya harapan,
Jika perlu madu ditelan,
Biarlah madu di taman
Bukan madu di hutan,
Jika perlu sebuah perkongsian,
Jangan kau lupa ikatan yang bertahan,
Kesedihan hanya terubat dengan sebuah keadilan...

Hanya ini cukup buat akhowat sekalian,
Yang jauh didekatkan,
Bukan kerana cinta, nafsu dan hasutan,
Hanya mengharap sebuah kebahagian,
Dengan keizinan Tuhan,
Halaqoh cinta jadi sandaran,
Tarbiyah jiwa jadi amalan,
Didikan ikhwan jadi pedoman,
Berakarkan Al-Quran,
Bertasbihkan kerinduan,
Bertunjangkan Iman...

Ya Allah,
Kumohon darimu,
Jika lahir seorang syabab,
Jika wujud seorang mujahid,
Jika dia mengasihimu,
Sebagaimana kau mengasihi kami,
Ku berdoa,
Ku berhajat,
Agar dia milikku,
Agar penantian terhenti disitu...

Thursday, 26 January 2012

PERKONGSIAN : Nampak apa yang aku nampak? ;)


Jom kita tengok gamba ni :) Tapi kene focus ! Sebab apa? Sebab kalau kita focus dan cuba julingkan mata sikit. Kita akan dapat lihat sesuatu yang menajubkan . MARI KITA CUBA. 



Nampak apa yang saya nampak? ;) HEHE 


Sweet-Knowledge : Siapakah dia Ainul Mardhiah?


Pernah dengan nama seorang gadis bernama AINUL MARDHIAH? Pasti ada yang pernah. Ada yang baru dengar. Ada yang ingat-ingat lupa. Tapi siapa sebenarnya gadis AINUL MARDHIAH ni? Tertanya-tanya juga ya di dalam fikiran yang penuh persoalan ni. 

Jadi, marilah kita hayati kisah ini untuk ketahui siapakah dia AINUL MARDHIAH.






Suatu pagi (dalam Ramadhan) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga. 

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. 

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap. Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah. Dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2. Lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada. Lalu lelaki itu menjawab, inilah syurga. 

Tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini. Disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu ,tak pernah dilihat didunia ini, lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah. Wanita itu menjawab "ehh tidakk, saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana."

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab, "eh tidak, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini, Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana."

Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan. Lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi dan tidak pernah di lihat di dunia. Lalu wanita itu berkata, "akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku." 

Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab "nanti kamu belum syahid lagi." Tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain. Namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW, tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi, dalam menceritakan kepada nabi saw, Nabi saw menjawab "benar,benar,benar" sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.






SubhanALLAH. Indah bukan kisah ini? Terjawablah kini persoalan di minda. AINUL MARDHIAH adalah bidadari di syurga. Bukan sahaja bidadari. Dialah 'Penghulu Segala Bidadari'. 

Namun, jihad dan syahid kita di dunia ini bukan kerana mengidamkan seorang bidadari yang cantik. Dan jihad dan syahid tak semestinya dalam peperangan sahaja. Jihad sentiasa ada dalam kehidupan kita tanpa kita sedari.

Setiap langkah dalam hidup ini boleh jadi jihad. Jika langkah kita berpaksikan ke jalan yang benar. Untuk mencari keredhaan ALLAH SWT. Wallahu 'Alam.

Oleh : ShafiqSalahuddin

Thursday, 19 January 2012

Inside My Heart 1 : Dahagakan Realiti


Alhamdulillah. Page kami kini berwajah baru. Thanks to our new member Safiyah Wardah. Di sini ana mahu kongsi sebuah sajak yang ana sendiri karang. Mungkin usia muda ana akan membuatkan sajak ana agak kebudak-budakan atau tidak setaraf dengan sajak-sajak orang-orang vateren di luar sana. Namun, dakwah tetap dakwah. Perjuangan tetap perjuangan. And this is my way of 'JIHAD' !


Aku kini dahaga,
Dahaga ku ini luar biasa,
Mendahagakan perasa perlbagai perisa,
Termasuklah gembira, duka cita, sedih dan juga derita,
Mendahagakan warna kehidupan yang lebih bermakna,
Kebenaran, Perjuangan, Dugaan dan juga Cinta.

Dunia kini kian menyepi,
Ayat di atas penuh kontroversi,
Dunia yang sebenar memendam benci,
Ke atas Islam yang ingin dihancuri,
Umat Islam pula mendiamkan diri,
Kemana pergi mujahid sejati?
Menghilangkan diri tanpa dikesani?
Adakah perjuangan kini dikesali?

Kebenaran pula bagaikan misteri,
Dahulu wujud sekarang tidak lagi?
Rasuah sekarang disana sini,
Kebenaran pula dijual beli,
Sedih bila kita ratapi,
Keadaan dunia yang realiti ini.

Kemana pergi cinta yang suci?
Yang kini pula dicemari benci?
Cinta yang suci dicaci maki,
Cinta nafsu yang hina demartabatkan kini,
Benci, benci dan makin benci,
Tiada lagi cinta yang bersemadi di hati,
Di hati hanya nafsu yang menguasai,
Mengidamkan wang, harta dan kepuasan diri,
Beginikah kita Umat Islam yang sejati?


Sedar tak sedar. Kita sekarang sangat lalai dan leka dengan dunia. Tidak lagi memperjuangkan agama malah ada yang menganggap bahawa tahu solat dan memadai untuk menggelarkan dirinya ISLAM. Islam hanya pada nama kepada mereka yang beranggapan begitu. Islam yang sebenar adalah satu perjuangan. Hidup ini satu perjuangan. Perjuangan mencari kebenaran dan memartabatkan cinta yang suci. Itulah kehidupan seorang insan yang ISLAM.

Oleh : Shafiq Salahuddin

Friday, 13 January 2012

bismillahirrahmanirrahim , assalamualaikum :)

Saat ku gelisah , ku sebut namaMu .
Saat ku jatuh , ku pinta pertolonganMu .
Saat ku kesesatan , Kau suluhkan nurMu .
Saat ku kesepian , Kau hiburkan aku .
Saat ku gembira , Kau datang mengingatkanku .
Saat ku gundah , Kau kirim HidayahMu .
Saat ku menangis , Kau mendengar luahan hatiku .
Saat ku keseorangan , Kau hadirkan aku seorang teman .


Disaat ini , 
aku memerlukanMu ,
menagih cintaMu ,
dahaga sayangMu ,
rindu rahmatMu ,


Disaat ini ,
aku memerlukanMu ,
disisiku ,
dihatiku ,
dijiwaku ,


menemaniku , 
membimbingku ,
membawaku .
kejalan yang lurus .
jalan yang Kau redhai :)


Hadirlah di jiwaku ini :')


Oleh : Safiyah Wardah :)

Sunday, 8 January 2012

Review 4 : Lorong Kematian (book)

Lorong Kematian adalah sebuah karya penulisan Geidurrahman El-Mishry. Seorang penulisan Indonesia. Buku ini mempunyai ketebalan dan bersaiz yang sederhana. Mengandungi 281 halaman bercetak(tidak termasuk kulit) yang juga mengandungi segment glosari bagi pemantapan pemahaman terhadap perkataan-perkataan bahasa Indonesia yang jarang kita dengari dan fahami. Diterbit oleh Telaga Biru. Berharga Rm23.00 di Semenanjung Malaysia dan RM25.00 di Sabah & Sarawak.


"Mereka hanya inginkan perapian cinta yang meluruhkan jiwa dan memusnahkan gejolak nafsu. Kini Farisi telah bergabung dalam barisan untuk melingkar para sufi itu. Awalnya dia ikut berkeliling melingkar, tapi kemudian ia memberanikan diri untuk maju ke tengah lingkaran. Berdiri di tengah kerumunan para sufi itu. “Saudara-saudara! Nasib kita sama. Di syurga ini, kita terperangkap!“ Teriaknya memancing perhatian mereka. “Benar! Kita sedang terperangkap!“ Sahut seorang sufi. “Lalu, kita mau apa? Ini sudah suratan takdir!“ “Kita tak boleh menyerah! Mari kita tuntut hak kita! Tak ada kebahagiaan di syurga ini. Tak ada keceriaan, hanya kegelisahan!“ “Ya, betul! Kita harus meminta semesta yang lain, bukan seperti syurga ini!" 

SuhbanALLAH. Perasaan yang ana alami ketika membaca buku ini tidak dapat dikatakan dengan perkataan. Sangat indah. Sangat unik. Jalan cerita yang mengisahkan tentang akhirat kelak. Persoalan-persoalan kehidupan dipersoal kan. Dan yang paling ketara adalah soal keadaan di akhirat. Mungkin keadaan yang sebenar tidak seperti yang digambarkan oleh penulis. Namun, ia adalah satu gambaran yang mungkin boleh membuatkan kita terfikir tentang keadaan kita di akhirat nanti.

Akan timbul rasa insaf dalam diri. Rasa kita ini adalah hamba-NYA yang lemah. Mungkin kita rasa hebat di dunia. Tapi hakikatnya. Itu hanya di dunia. Di tempat di mana ianya sementara. Kuasa mu itu sementara dan kuasa ALLAH lah yang abadi selamanya. Apakah yang akan berlaku di akhirat nanti?

NOVEL yang penuh persoalan kehidupan di akhirat. Saya kagumi cara penulisan dan penulis novel ini. Antara novel yang terhebat yang saya pernah baca buat masa ini. Selalu bila dikatakan tentang novel. Cinta adalah idea utama atau pandangan pertama tentang novel. Dan apabila dikatakan dakwah. Maka buku-buku seperti buku islami ilmiah yang terpapar di minda.

Tapi pernah kah kita gabungkan 2 ini menjadi 1? Cuba masyarakat sastera kita memperbanyakkan lagi novel sebegini. Sambil bercerita sambil berdakwah. Pasti hebat pasarannya. Pasti luas ilmunya. Pasti ramai pembacanya. 

Shafiq Salahuddin

Sunday, 1 January 2012

Review 3 : Masjid Negara Malaysia (mosque)



SubhanALLAH . Ana kagum dengan kecantikan dan architectural sebuah rumah ALLAH iaitu Masjid Negara kita di Kuala Lumpur. Masjid Negara terletak di kawasan yang sangat unik kerana berdekatan dengan :

BAGUNAN JAWI yang terletaknya juga STUDIO TV AL-HIJARAH

ISLAMIC ART MUSEUM 

Last but not least. KL BIRD PARK

Menarik bukan? Masjid Negara kita dikelilingi oleh tempat-tempat yang sangat menarik. Tak hairan lah kalau ramai non-muslim yang datang mengunjungi masjid kita. Yes. Mereka ini yang datang ini terdiri dari mat salleh, chinese and indian pun ada. Ana lihat mereka masuk masjid. Ana kagum dengan masjid kita yang sediakan jubah purple dan tudung-tudung untuk non-muslim yang mahu masuk melihat masjid kita.

Namun ada tempat-tempat yang telah dilarang untuk mereka masuki seperti dewan solat utama. Langkah yang sangat bijak oleh pengurusan Masjid Negara. Dengan cara ini, kita boleh sebarkan dakwah. Dengan cara ini mereka akan tertarik dengan Islam. Islam itu indah. Tersangat indah.

Ana kagum dengan Masjid Negara. Tetapi, adakah rakyat Malaysia berbangga juga ? Jika ia. Kenapa hanya ada 1/2 saf ketika solat jemaah ditunaikan? Ana hairan. Kalau kita kagum. Kita bangga. Bukan ke kita patut berada di dalam masjid itu untuk menunjukkan rasa bangga kita dan yang paling penting rasa sayang kita pada ALLAH?

Pengalaman ana menghabiskan diri di Masjid Negara selama 2 hari 1 malam sangat membina diri dan menenangkan. Pelbagai ilmu ana perolehi melalui tazkirah-tazkirah dan Qiamullail. Masjid Negara juga ada membuat program-program seperti yang ana lihat orang-orang dewasa sertai; kursus perkahwinan. Ada juga gerai jual 'cenderamata' bagi pengunjung. Buku-buku tentang islam dan pengajaran islam. Songkok, jubah, tasbih dan juga samping. Ana ada membeli buku dari gerai itu. In sha ALLAH akan datang ana akan tulis review tentang buku itu.

Rajin-rajin kan lah diri untuk mengunjungi masjid dan surau untuk menunaikan atau mengerjakan ibadah bagi mendapat keredhaan-NYA. Ia tidak merugikan malam memberikan kita ganjaran yang lebih lumayan. In sha ALLAH.

Shafiq Salahuddin

Tuesday, 27 December 2011

CopyPaste 1 : Hargailah isteri anda

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YG MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIR MATA :'(


LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook...yang membuatkan saya secara manualitik menangis..


isteri yang terbaik
Setiap insan yang bergelar lelaki mesti baca !!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….


Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.


Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.


Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.


Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”


Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.


Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…


Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.


Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.


Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.


Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.


Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.


Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.


Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.


Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.


Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.


Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”


Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."


Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….


Terima kasih ustaz….doakan saya…….


Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever by richard mark.


P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)


AMBIL IKTIBAR,SAYANGI ISTERI2 ANDA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...